SELAMAT DATANG KE BLOG KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED NASIR
Kolej Kediaman Tun Syed Nasir merupakan Kolej yang pertama sekali ditubuhkan di dalam Kampus UTHM. Kolej Kediaman Tun Syed Nasir dahulunya dikenali dengan nama Desasiswa Dalam Kampus. Kesemua penginapan dikawalselia oleh Unit Perumahan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh Pengurusan Kolej Kediaman sendiri. Kolej ini hanya menempatkan pelajar Siswa sahaja. Terdapat 3 buah blok yang boleh menampung seramai 676 orang pelajar. Setiap blok mempunyai 4 aras dimana setiap aras mempunyai 29 buah bilik pelajar dan setiap bilik mempunyai 2 orang penghuni.